Followers

Friday 27 February 2015

Sejarah perkembangan ilmu kalam

PENGENALAN:

PENGERTIAN: Ilmu kalam menurut Ibnu Khaldun ialah ilmu yang membicarakan tentang alasan-alasan untuk mempertahankan kepercayaan iman dengan menggunakan aqal fikiran dan bantahan.

     Ilmu kalam juga dikenali sebagai ilmu tauhid, ilmu aqidah, atau ilmu Usuluddin. Di sepanjang zaman ilmu kalam  mengalami pelbagai perubahan besar.



PERKEMBANGAN ILMU KALAM PADA ZAMAN RASULULLAH


Zaman Rasulullah SAW merupakan asas kepada ajaran tamadun Islam. Segala aspek kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu iaitu kalimah syahadah. Zaman ini juga merupakan zaman model tamadun Islam hampir semua prinsip pada zaman awal Islam berasal dari zaman ini. Selain dari itu, ia dinamakan sebagai zaman kegemilangan Islam.
Di zaman Rasulullah s.a.w para sahabat beriman sepenuhnya dengan keterangan yg terdapat dalam Al-Quran dan hadis tentang sifat2 Allah S.W.T., perkara samiyyat, qadak dan qadar dan hukum akidah tanpa membahaskannya secara mendalam.
 Rasulullah telah menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga kedaulatan Islam. untuk itu juga semua kaum muslimin mengembalikan apa sahaja masalah mereka kepada Rasulullah. Antara lain juga, para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayah dan Al-Quran dan mereka sentiasa dipantau oleh Rasulullah daripada berlakunya perpecahan dan perselisihan pendapat. Perdebatan dan perpecahan dalam masalah tauhid merupakan suatu perkara besar dan masalah yang sangat ditakuti. Dari itulah, kaum muslimin sentiasa diingatkan supaya mentaati Rasulullah dan ditegah daripada berselisih faham. Firman Allah :
 “Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (Al-Anfal : 46)


PERKEMBANAGAN ILMU KALAM PADA ZAMAN KHULAFA’ RASYIDIN

Setelah Rasulullah SAW wafat, berlakulah perlantikan Khalifah Islam yang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Zaman ini juga boleh dikenali sebagai zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Pada masa ini umat Islam sibuk menghadapi peperangan, pergaduhan dan perbalahan diantara umat Islam. Ketika ini juga umat Islam tidak ada perselisihan faham dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah. Mereka membaca dan memahami Al-Quran tanpa adanya takwil. Mereka mengikuti Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri seperti mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah. Apabila mereka berdepan dengan ayat yang mutasyabihat mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan kepada Allah sendiri.
Tetapi perselisihan politik yg membawa kepada pembunuhan  Khalifah Uthman bin Affan nad Ali bin Abi Talib Telah menimbulkan  perpecahan kpd umat islam. Ini menyebabkan timbul golongan Khawarij, Syiah, dan Ahli sunnah. Perselisihan ini walaupun pada mulanya mengenai politik tetapi kemudiannya menjalar dan merebak kepada hukum dan akidah.

PERKEMBANGAN ILMU KALAM PADA ZAMAN UMAIYAH

Semenjak berlakunya pembunuhan keatas Saidina Usman Bin Affan, maka mulalah timbul perpecahan dikalangan umat Islam dan lahirlah golongan-golongan yang dinamakan Khawarij, Syiah dan lain-lain lagi. Walaupun pada asalnya perselisihan mereka itu mengenai politik dan jawatan khalifah, tetapi akhirnya berlarutan kepada perselisihan hukum-hukum dan akidah Islam.
Di Zaman Umayyah, Negara Islam bertambah luas dan terdapat berbagai-bagai bangsa yg  menganut islam. Mereka mempunyai tamadun, ilmu pengetahuan dan cenderung kpd ilmu falsafah. Ini menyebabkan masalah agama khususnya akidah mula dibahaskan secara falsafah. Dengan ini, muncullah Maad al-juhaini di Basrah yg membawa fahaman Qadariah. Kemudian lahir pula Jabariah yg dipelopori oleh Jahmu bin Safwan. Ini diikuti dengan aliran Muktazilah yg dipelopori oleh Wasil bin Ata’.


PERKEMBANAGAN ILMU KALAM PADA ZAMAN ABASIYYAH

Pemerintahan Islam ketika zaman Abasiah bertambah luas kawasan jajahannya sehingga masuk ke wilayah Parsi dan Rom. Ramai orang-orang Ajam (bukan Arab) memeluk agama Islam, kebanyakkan mereka ini dari bekas-bekas agama Majusi, Brahman, Kristian dan sebagainya. Segala fahaman-fahaman yang terdapat di dalam agama terdahulu menular di dalam agama Islam. 
telah berlaku penterjemahan buku-bukufalsafah dan mantic yunani ke dalam bahasa arab. Maka berlakulah penerapan metod2 ilmu falsafah kedalam ilmu kalam. Golongan muktazilah muncul sebagai jaguh utama berjaya mempertahankan islam dengan menggunakan metod falsafah. Tetapi golongan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kerana terlalu melebihan menggunakan akal. Pada akhir abad ke 13 Hijrah lahir Abu Hassan al-Asyari dan Abu Mansur Al-Maturidi yg membentuk mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Kedua2 tokoh ini berjaya menegakkan akidah yg benar dan menentang fahaman yg sesat.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA PERKEMBANGAN ILMU KALAM

Faktor dalaman
1) Al-Quran sendiri mengajak manusia kepada tauhid dan mempercayai kerasulan nabi Muhammad S.A.W. di samping menolak kepercayaan yang tidak benar.
2) Munculnya ulama’ yang mempunyai kesedaran tinggi berjuang untuk mengembalikan umat islam kepada pemahaman sebenar yang berlandaskan al-Quran dan hadis. Ulama’-ulama’ terpaksa menggunakan hujjah akli dan nakli bagi menolak ajaran sesat yg timbul dalam masyarakat.
3) Perbezaan pendapat di kalangan umat islam bermula daripada peristiwa berikut:  a)  Pembunuhan saidina umar dan saidina usman
               b) Munculnya kumpulan syiah dan Khawarij setelah peristiwa tahkim


FAKTOR LUARAN
1) Banyak perterjemahan kitab2 falsafah kedalam bahasa arab oleh ahli sunnah wal-jamaah untuk menentang fahaman yang menyesatkan.
2) Ramai cerdik pandai dalam bidang falsafah telah memeluk islam.



ALIRAN PEMIKIRAN MAZHAB YANG LAHIR DARIPADA ILMU KALAM

AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH
-Muncul pada akhir abad ketiga hijrah
-Menentang fahaman yang menyesatkan seperti Mu’tazilah, jabariah,khawarij,murjiah dan lain2.
-Aliran berteraskan kepada Al-Quran
-Dipelopori oleh Abu Hasan Al-Ashari dan Abu Mansur Al-Maturidi

Antara fahaman Ahli sunnah wal jamaah adalah seperti berikut:
-Allah bersifat dengan sifat2 kesempurnaan.
-Al-Quran adalah kalam Allah yg qadim.
-ALLAH telah menjadikan Qada’ dan Qadar kepada manusia tetapi ia bergantung usaha dan ikhtiar manusia sendiri

Mu’tazilah
-Diasaskan oleh Wasil bin Ata’
-Berpegang kuat kepada hujah aqal semata2

Mazhab Jabariah 

Mazhab ini muncul di khufah pada zaman Bani Umaiyyah yg diketuai oleh seorang yg berasal dari khurasan bernama Jahmu bin Safwan.
Jabariah diambil dari perkataan ai-jabr yg bermaksud yg digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah STW., 
Antara fahaman mereka ialah:

-Allah tidak harus mempunyai sifat yg ada pada mahkluk supaya tidak menyerupai mereka.
-Ilmu Allah itu baharu tanpa berhubung dng zatNya dan berbilang mengikut maklumat yg ada .
-Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. Mereka tidak mempunyai apa2 usaha atau ikhtiar dlm melakukan sesuatu perbuatan.                                                   
-AL-Quran adalah baharu dan tidak qadim.


Mazhab Murjiah.

Murjiah bererti menangguhkan yaitu menangguh persoalan pertelingkahan umat islam tentang perlantikan khalifah sehingga hari kiamat dan dan diserah kepada Allah.
Mazhab ini lahir dari kumpulan ahli politik yg mengambil sikap berkecuali dlm perselisihan umat islam tentang persoalan perlantikan khalifah.
Pada peringkat awal mazhab ini didokong oleh para sahabat sprt Abdullah bin Omar dan Said Bin Jubir. Kemudian diikuti oleh tabiin sprt Abu Hanifah Dan Abu Yusuf.






Sebab-Sebab timbulnya aliran taklid dlm perundangan Islam


-Wujud perselisihan dikalangan orang ramai hasil daripada kedudukan politik yg tidak stabil. Ini menyebabkan tergugat semangat kreatif ilmuan islam.
-Percakaran politik menyebabkan terputus hubungan antara para fuqaha diseluruh pelosok Negara.
-Para pemerintah tidak mempunyai minat yg tinggi terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
-Para fuqaha sering menjadi mangsa penindasan pemerintah.
-Berlaku propaganda2 yg kuat bg sesetengah mazhab yg ada.
-Kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri di kalangan ulama.
-Perbezaan pendapat dalam memahami nas al-quran
-fahaman Politik yang berbeza


Saturday 21 February 2015

Friday 20 February 2015

MAUT DATANG MENJEMPUT TAK KIRA MASA



Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH S.W.T berfirman dalam Surah Ali Imran : كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ  ...
“Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).
Orang tua mati, kanak-kanak pun mati.
Lelaki mati, perempuan pun mati.
Pemimpin mati, rakyat jelata pun mati.
Insan mulia mati, insan hina pun mati.
Orang kaya mati, orang miskin pun mati.
Para Anbiya dan auliya pun mati.
Para mukninin dan solihin pun mati.
Yang suka mati pun mati, yang benci mati pun mati.
Yang sakit mati, yang sihat pun ramai yang mati.
Orang gagah mati, orang lemah pun mati.
Para pesakit mati, para doktor pun mati.
Cikgu mati, murid pun mati.
Tukang gali kubur dan tukang mandi mayat pun mati.
Pendek kata….
Semua kita akan mati. Semua yang bernyawa pasti akan pergi. Pergi takkkan kembali!
Yang tidak mati hanyalah Zat yang memiliki kemuliaan, kekuatan, keagungan dan keluasan.
DIAlah Allah SWT!……
Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang Menciptakan kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hamba-hambaNya.
Kalau semua kita akan mati, maka apakah tindakan kita?
Apakah persiapan kita?
Kita masih mahu menimbun dosa?
Kita masih belum puas membuka dan menelanjangkan aib sesama manusia?
Apakah kita masih belum puas dengan harta yang ada?
Ya Allah, semua kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, walhal bekalan kita tidak seberapa.
Sungguh, persiapan kita pula tidaklah sesungguh mana, walhal semboyan kemtian semakin kuat kedengaran.
Mungkin esok lusa,mungkin beberapa jam lagi dan mungkin seketika lagi kita dijemput kembali ke pangkuan Yang Maha Mencipta...kembalinya diri kita tanpa sempat kita bersedia membawa bekalan yang secukupnya untuk ke sana

https://www.youtube.com/watch?v=LOfF80HGgbA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...