Followers

Wednesday 27 May 2015

SAYONARA JAHILIYAH - Tomato

Kita dah kata sayonara pada jahiliyah, kan? Kita dah pun ucap ohayo pada tarbiyah, kan? Jom kawan, pimpin tangan aku. Rentas trek dakwah dengan gerak langkah paling bergaya, sebagai pemuda pemudi harapan agama. Ikhwah di depan, sebagai qawama. Akhawat di belakang, sebagai penguat. Aku perlukan kalian. Masa dah suntuk!

Jom kawan, kita bersatu hati. Tinggalkan jahiliyah yang membelenggu diri. Tinggalkan kegelapan yang menutup hati. Aku perlukan kalian, kerja dakwah tak berjalan tanpa bantuan remaja-remaja harapan agama. Aku perlukan kalian.

Jom kawan, ikat hati-hati kita dengan doa rabithah. Tarik mana-mana yang dah tergelincir dari landasan fikrah. Berpaut tubuh sama-sama. Janji dengan aku, ukhuwah ini tak akan terlerai sampai bila-bila, boleh? Biar begini, sampai syurga nanti.

Jom kawan. masa kita tak banyak. Urusan tarbiyah tak boleh berhenti. Gerakan dakwah tak boleh mati. Bila ada yang terhanyut, jangan biar. Itu tugas kita, sedarkan mereka yang alpa. Kita kan kawan?

Kawan, jujur aku kata. Aku rindukan satu barisan ukhuwah. Aku rindukan akhawat dan ikhwah yang sanggup berjaga malam demi memartabatkan agama. Aku rindukan masjid dan surau yang diimarahkan para remaja. Aku rindukan saf subuh yang penuh. Aku rindukan gelak tawa mereka yang berjuang fissabilillah. Kita buat bulatan gembira sama-sama nak? Berkongsi tazkirah, berkongsi cinta. Aku rindu semuanya.

Kawan, kita semua manusia luarbiasa. Kita semua bukan manusia biasa. Jalan dakwah dan tarbiyah, bukan jalan untuk orang-orang biasa. Amacam? Nak join aku tak? Kita semua jadi ikhwah akhawat yang sumpah osem dengan buka hati untuk ditarbiyah.

Jomlah, ikut aku. Kita sama-sama majukan bangsa. Buang saja rokok tu. Membazir duit, membuang nyawa. Simpan saja pakaian tak cukup kain tu, pakai di rumah, dalam bilik sorang-sorang tak apa.

Nak tahu satu rahsia tak?

Syabab yang wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk tu nampak sangat macho lagi menenangkan. Tambahkan perisa senyuman, sumpah menawan!

Akhawat yang bertudung labuh menutup dada tu nampak sangat manis pada pandangan. Tambah dengan akhlak yang sopan, sungguh seindah perhiasan. Lawa tu!

Seronok dipuji?

Jom, alangkah seronoknya berukhwah fillah. Aku nak cabar satu benda, boleh?

Bila bertemu di jalan-jalan atau di RnR, nampak sesama ikhwah, cuba beri salam, senyum, berjabat tangan. Walaupun kita saling tak kenal, bukankah hati kita sudah terpaut dengan doa rabithah?

Bila berjalan di taman bunga atau pasar raya, ternampak sesama akhawat, cuba beri salam, senyum dan bersalaman. Nak buat salam semut pun okey! Tak kenal? Tak apa. Hati kita sudah bersatu dengan doa rabithah.

Cuba bayangkan, kalau semua orang buat perkara yang sama, aku yakin dengan izin Allah, barisan qawama dan penguat sudah ampuh. Boleh jadi satu barisan yang membanggakan ummah.

Takbir!

Allahuakbar!

Ada lagi. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Hubungan kita dengan manusia dah mula melangkah setapak ke hadapan. Hubungan kita dengan Allah pula sekarang. Walaupun ini perkara pertama sepatutnya diambil kira.

Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Aku mohon, aku perlukan kalian. Perjuangan ini tak berhasil kalau aku bersendiri. Aku perlukan penembak-penembak tepat. Aku perlu tembakan doa dari kalian. Bantu aku, aku minta, bantu aku realisasikan impian ini. Impian menjadikan kita semua generasi harapan agama!

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!


  1. SAYONARA JAHILIYAH! KAMI BERLARI MENUJU MARDHOTILLAH!

OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...