Followers

Thursday, 25 August 2016

DIA

Ditakdirkan lagi untuk aku menulis, selepas lama menyepi. Kebelakangan ni terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Almaklumlah, baru melangkah ke alam baru. Alam UiTM. Hehe. Harini tak pergi kelas sebab tak bereapa sihat, tu yang ada masa nak menulis. Dari haritu lagi nak menulis ni, tapi macam-macam benda jadi. Jadi aku tangguhkan dulu niat aku.  
Dah ada masa lebih ni, tak nak bazirkan masa dengan main DOTA(Che Ariff yang ajar main ni). haha. OK, stop merapu Ehsan. 

Straight to the point.

Entry kali ni, aku nak cerita tentang "Dia". Sape "Dia" tu? Ha! Nanti ehsan tulis dekat bawah. Tapi yang tetiba ehsan nak cerita pasal "Dia" ni, semua related dengan apa yang berlaku dekat UiTM ni. 

Serious, macam2 ujian yang ALLAH bagi dekat sini. Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan untuk teruskan belajar. Bila ingat yang kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia, baru rasa ada kekuatan sikit. Mato kan selalu kata "Legend mana boleh putus asa." TQ Mato. 


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Dia adalah arwah sahabat baik aku yang kami dipisahkan dengan kematian. Dialah tempat aku bercerita, berkongsi rahsia, sedih, tawa dan gembira. Sahabat yang dipinjamkan ALLAH pada aku sebentar untuk mengajar betapa pentingnya mempunyai seorang sahabat.
sebulan sebelum aku kehilangan Dia. Dia ada hantar beberapa meej yang buat aku gelak(masa tu), tapi menangis bila teringat balik mesej yang dia hantar.

Dia: Ehsan, kau nak tahu tak, dalam dunia ni, selepas ALLAH, Rasul, n parent aku, aku paling saaayang kau.

Aku: Err.. Kenapa ni tetiba? haha.

Dia: Seriouslaahh. Kau tak sayang aku ke?

Aku: Ya ALLAH, _ _ _ _ , kenapa ni? Jangan lah tanya soalan yang kau dah tahu jawapan. OK? 

Dia: ermm, Ehsan, kalau aku mati nanti kan, kau boleh ke teruskan hidup kau macam biasa?

Aku:Kau selalu cakap kan, kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia. InshaALLAH, boleh (kot) ! Ni dah kenapa cakap pasal mati? 

Dia: Saje je lah, dah kau tak layan aku. Ehsan, sebenarnya aku ada nak hantar email dekat kau, ermm, aku ada tulis something dekat kau, tapi tak sempat lagi nak hantar. nanti kau baca tau. 

Aku: (Bodoh tak perasan lagi yang dia dah lain masa tu) haa. okayh2. Nanti aku baca ek. Eh, nak buka puasa dah. nanti sambung..


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Seminggu sebelum Dia pergi, aku ada terima email dari dia. tapi tak bukak, sebab masa tu tengah 1 syawal(Benda ni buatkan aku menyesal sampai hari ni)
Email yang Dia bagi, tertulis macam ni.

***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***
Assalamualaikum Wan Nur Muhammad Ehsan, sahabat aku yang paling aku sayang, masa aku tulis email ni, aku tengah terbaring atas katil disebabkan sebuah penyakit, aku mungkin tak akan lama dengan kau. Aku harap sangat-sangat yang kau akan sentiasa kuat walaupun lepas aku tak ada nanti. 
Ehsan, kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia,jadi, kalau lepasni kau ada masalah dengan sesiapa pun, kembalilah pada ALLAH. Hidup ni kalau tak diberi ujian, bosan! Pahala pun takdak. Bila ALLAH bagi ujian,ALLAH nak uji kita, sejauh mana iman dan taqwa kita. Manusia kan dinilai dari imannya? kan? Nak berjaya ,mana ada jalan yang mudah, tempah kejayaan, mesti dengan duri di sekeliling. Nak berjaya mesti sakit dulu. Macam Rasulullah!
ALLAH hadirkan sesiapu pun dalam hidup kita, pasti berhikmah. Yang penting, bergantunglah sepenuhnya pada ALLAH, maka kau tak akan mudah rasa sedih dan putus asa.

Ehsan, aku ada tulis sajak untuk kau. Aku tak pandai macam kau, tapi bila aku tak ada nanti, kau sedih, bacalah ni, mungkin boleh buatkan kau ingat aku balik? 


Sahabatku,
Andai perkenalan kita ini diredhai ALLAH,
Engkau genggamlah Ukhuwah kita,
Dengan keikhlasan yang kudus,
Dengan rasa cinta kepada ilahi.

Sahabatku,
Hati ini sedih,
Masih tidak mampu menahan rasa hati,
Mungkin kerana hati ini keras,
Munkin kerana hati ini gelap,
Mungkin kerana hati ini terhijab,
Dan amat sedih jika hati ini mati,
Maafkanlah kelemahan diri ini.

Sahabatku,
Tatkala air mata membasahi pipi,
Kau hadir di sisi meminjam bahu,
Untukku lepas segala tangisan yang terpendam di hati, 
Lalu kau tatap wajahku,
Dan kau hadiahkan ukiran senyuman terindah buatku.

Sahabatku,
Meskipun pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu ,
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi bebanan ,
tabahkan hatimu ,
harungi lautan ini ,
demi matlamat yang kau gapaikan.

Sahabatku,
Dunia kita tak lagi sama,
Tuhan berkehandak lain,
Kita dipisahkan dengan kematian,
Namun disatukan atas cinta pada Tuhan.

Sahabatku, 
Tak usah kau sedih,
Kerana aku akan sentiasa bersamamu,
Walau alam kita berbaeza.

Dengan setitis air mata, 
Aku mahu mengkhabarkan sesuatu,
Aku menyayangimu kerana ALLAH,
Berjanjilah sahabatku,
Ukhuwah kita selamanya.




***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Aku baca email ni, dua hari selepas dia tinggalkan aku buat selama-lamanya. 24 Julai 2015, bersamaan 11 Syawal 1436 Hijrah, Damailah kau disana sahabat. Moga ALLAH sentiasa merahmatimu dan menyiramimu dengan Rahmahnya. Aku menyayangimu sahabat. Selamanya.

Image result for sahabat
Ukhwah Kita Selamanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...