Followers

Sunday 1 January 2017

2017

Assalamualaikum W.B.T. Post pertama untuk tahun 2017. Dah lama tak menulis ni. So, macam pelik sikit tau. Kena masuk kursus creative writing dulu kot. Ok, lawak hambar. Ape yang aku nak post ni, benda yang dah seminggu aku tulis, tapi tak sempat nak post, save dalam draft je. Harini baru ada masa nak check and betulkan balik. 😅 Ermm.. So, OK, bacalah.

***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***


Bismillah,
Dengan nama ALLAH, aku menulis,
Aku coret coretan ini dengan HikmahMU, 
Memohon redhaMU.

Manusia, 
Manusia itu mudah lupa,
Tertipu dengan qudrat dan kuat,
Disangka pandai kerana kebijaksanaannya,
Disangka kaya kerana usahanya,
Disangka kuat kerana fizikalnya,
Namun, mereka lupa, bahawa Semua itu ada pemberinya.

Manusia,
Saat dilampung ombak laut,
Ditiup angin kencang,
Diberi ujian yang menguji,
Mereka mula berteriak,
Ya ALLAH, bantulah aku,
Tika itu, Sedar diri tidak berdaya,
Sedar diri berdosa.

Manusia,
Apabila jiwa terasa sempit,
Perasaan berasa tertekan,
Buntu mencari jalan,
Barulah ingin kembali,
Mencari dimana ALLAH!

Manusia,
Tidak sedar bahawa cinta ALLAH mereka khianati,
Iman kepercayaan dicabuli,
Rukun islam dilanggar,
Namun diri masih merasa suci.

Namun, 
ALLAH, DIA dengan sifat arrahman,
Masih berada disisimu,
Masih berada bersamamu,
Mengingatkan kamu dengan firmanNYA.

Ya ALLAH, 
Gantikanlah kesedihanku dengan kegembiraan,
Perasaan takut dengan ketenangan,
Kuatkanlah segala keyakinan dan kepercayaan,
Padamkan marah dengan kesabaran.

Ya ALLAH,
Berilah damai pada jiwa yang resah,
Berilah kekuatan pada diri yang lemah,
Berilah kelapangan pada hati yang rapuh.

Ya Rabbi,
Kami berlindung padamu dari segala ketakutan,
Kecuali ketakutan kami kepadaMU,
Kurniakan kami cinta padaMU melebihi cinta kami pada segala sesuatu,
Kami bertawakkal padaMU,
Redha dan pasrah padaMU,
Meminta jua padaMU,
Sungguh, engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.


Sentiasa muhasabah diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...