Followers

Friday, 26 June 2015

Ramadhan oh Ramadhan

Pak! Pak! Pak!
Tanpa kita sedar dah hampir sepertiga ramadhan kita lalui.
Mari bermuhasabah.
Sepanjang Bulan Ramadhan tahun ni:

Berapa juzuk al-quran kita habiskan?
Berapa banyak kali solat terawih yang kita kerjakan?
Berapa banyak doa kita panjatkan?
Berapa banyak makanan yang kita bazirkan?
Berapa banyak masa yang kita sia-siakan?

Berapa banyak dosa yang kita lakukan?
Ingatlah!! Ramadhan hanya setahun sekali. Ramadhan ni sebagai ganjaran dari ALLAH Buat hamba-HambaNYA.

Rasulullah bersabda yang bermaqsud "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Jadi, mengapa perlu kita sia-siakan Bulan Barakah ni? 
Yakinkah kita, yang kita akan bertemu dengan Ramadhan di masa akan datang?

Sekiranya tidak.
Jom sama-sama kita sambut tawaran ALLAH ni dan berusaha memperbanyakkan ibadah kepadaNYA.

Bukan Gambar aku


kejar pahala,
jauhi dosa. 
Tingkatkan ibadat,
jauhi maksiat. 
ALLAH redha,
hidup bahagia.
Ramadhan Kareem.

Thursday, 4 June 2015

Ujian tanda cinta ALLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Barangsiapa yang ALLAH inginkan kebaikan untuknya, nescaya ALLAH mengujinya dengan kesusahan.Ujian itu tanda cinta ALLAH kepada hambaNYA. amat beruntunglah bagi mereka yang mampu bersabar dan redha ketika diuji.
Entry kali ni saya dedikasikan buat seorang kakak yang sangat saya hargai.. semoga dengan coretan saya ni dapat lah sedikit sebanyak mengembirakan kakak..
Cerita di bawah ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah tiada. 



***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***


"Syuhada, kenapa kau menangis ni?"
Aku terkejut, lantas terus menyeka air mataku. aku memandang sahabatku umairah dan menghadiahkan segaris senyuman buatnya. Umairah memelukku.
"kenapa kau sedih ni Syu? ceritalah dekat aku" Umairah beranya risau.
"tak ada apa-apalah. Aku rindu mak aku dekat kampung je."
"Kau jangan tipu aku Syu. Aku kenal kau dah 3 tahun, bukannya 3 bulan. waktu aku sedih kau selalu tolong aku, tapi sekarang kau tengah sedih aku tak tahu nak buat apa-apa.. ceritalah dekat aku syu" 

Aku memeluk umairah erat, Umairah membalas pelukan ku. Aku menyembamkan wajahku di bahunya dan menangis teresak-esak seperti anak kecil.
"aku futur mai, aku lemah. Ed dah nak kawin dengan orang lain. Aku sedih sangat. Aku tak kuat. Kenapa takdir aku macam ni mai? kenapa?"
"Syu, jangan salahkan taqdir,jangan macam ni. bukan ke selama ni kau yang pesan dekat aku yang ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang bersabar. jangan macam ni Syu. aku tahu kau kuat."
"Aku rasa dikhianati mai."
"syu, ALLAH nak berikan yang lebih baik untuk kau. Kau solehah, mungkin ada lelaki yang lebih soleh buat kau. kalau tak di dunia di syurga."

Aku diam tanpa kata.
"Syu, kau kena kuat. Yakinlah ALLAH sentiasa membantu. jangan menangis kerana manusia kalau kau tak mampu menangis kerana ALLAH. ALLAH sentiasa ada untuk kau. ALLAH sayangkan kau. sebab tu ALLAH uji kau. Syuhada yang aku kenal tak selemah ni kan?"

Aku mengesat air mataku.wajah umaira aku tatap sayu.

"Mai,doakan aku ye.Aku futur.Aku berdosa pada ALLAH. sepatutnya aku bersabar dengan ujian ni.ye, aku perlu kuat. Bantu aku untuk kuat ye Mai."
"in sha ALLAh. sama sama kita menuju Mardhatillah ye.dah jangan nangis, tak comel lah macam ni"
Aku tersenyum. aku mendapat sedikit kekuatan.
"Mai, Uhibbuki Fillah. kau lah sahabat aku dunia akhirat."
"Uhibbuki fillah kaman Syu. didik hati kau cinta ALLAH dan nabi, bukan ajnabi."
"in sha ALLAH. Syukran jiddan Mai."


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

semua orang inginkan kegembiraan,dan tiada orang yang inginkan kesedihan. Akan tetapi, Ingatlah pelangi tak akan muncul tanpa adanya hujan.
ALLAH sentiasa inginkan kebaikan buat hamba hambaNA

 Redhalah, tabahlah andai diuji. Ujian itu sebuah tarbiyah. Ujian tanda cintanya ALLAh pada kita. 
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Kuatlah wahai mukmin.

MOGA ALLAH REDHA, NABI CINTA..

Friday, 29 May 2015

Susun selipar itu dakwah

Assalamualaikum.. 
Ha!! mesti ada yang tertanya-tanya kan tentang tajuk dekat atas tu? (bajet gila ayat!!)
susun selipar ini sebenarnya memupuk rasa rendah diri dan hamba.. 
tapi malangnya kalau pergi masjid,surau,dewan,rumah DSB yang kita tgok selipar bukan main bersepah-sepah.. 
Bayangkan kalau dekat depan masjid kita tengok selipar tersusun dengan cantik.. mesti sejuk hati kan? tapi kalau berterabur, ya ALLAH!! tk tenang hati dan perasaan..
Kerja menyusun kasut ni nampak aje leceh dan remeh tapi sebenarnya ia melahirkan sifat-sifat mahmudah..
ada sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh murabbi kepada aku tentang susun selipar ni.
Zaman dahulu kala, di Spain.. waktu tu islam masih bertapak di sana..
orang-orang islam (yang waktu tu kebanyakannya orang arab dari tentera-tentera thariq bin ziyad lepas berjaya menaluk Spain) , diorang sembahyang di masjid cordova dan menyusun selipar dengan cantik dan teratur.. rakyat spain (yang masih blum islam) tgok diorang susun seliar dan rasa teruja.. selesai solat diorang tanya kepada salah seorang tentera kenapa diorang susun selipar dengan begitu teratur .. tentera tu jawab yang itulah diajarkan oleh islam.. rakyat rakyat merasa teruja dan bertanya " islam mngajar kamu susun selipar?"
tentera tu jawab, " bahkan islam mengajar kami untuk masuk tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, cara kami buang najis DSB.. terambah teruja lah diorang dan waktu tu lah diorang diberi hidayah dan terus peluk islam.. Ha!! sebab tu lah usun selipar ini da'wah.. bayangkan orang bukan islam tgok kita susun selipar cantik2.. mesti diorang tertrik kan? ni tidak, kebanyakan orang islam lah yang tak pandai susun selipar..

Susun selipar merupakan akhlaq islamiyah
                                                       
Susun selipar ni pun melatih kita berdisiplin dan bertanggungjawab..
jadi lepas ni kalau pergi mana2, sila susun selipar and dengan elok ye.. sanggup tak?
*imam al-ghazali pun pernah mencuci tadas untuk pupuk rasa rendah diri dan hamba!!
JOM SUSUN SELIPAR!!

Thursday, 28 May 2015

Dakwah itu bukan mudah

Dakwah memang bukan mudah
Tabahlah duhai hati
Kuatlah wahai iman
Teguhlah wahai jiwa

Jalan dakwah punya duri merata
Namun, terus melangkah tanpa curiga
Kerana pengorbanan itu dibalas redhaNYA
Meski hati terluka dengan manusia
Tapi sedarlah ALLAH setia menemani

Meski hati pedih berdarah terluka
Sifat mereka, ego mereka, kerenah mereka
Terlalu memenatkan hingga terasa lelah
Tahanlah air mata agar tidak tumpah
Pujuklah hati untuk terus tabah
Balutlah hati yang terluka berdarah

Biarlah dicela manusia
Ego mereka telah menutupi hati
Biarlah dihina dicerca manusia
Nafsu mereka telah menguasai diri

Ya ALLAH..
Jangan biarkan diri ini lelah
Jangan hentikan langkah kami dalam berjuang di jalanMU
Jangan biarkan kami penat dengan dugaanMU
Kerana kami ingin redhaMU membaluti kami
Biarkan cintaMU merajai hati kami
Izinkan rahmatMU mengiringi langkah kami menuju syurgaMU

Wednesday, 27 May 2015

SAYONARA JAHILIYAH - Tomato

Kita dah kata sayonara pada jahiliyah, kan? Kita dah pun ucap ohayo pada tarbiyah, kan? Jom kawan, pimpin tangan aku. Rentas trek dakwah dengan gerak langkah paling bergaya, sebagai pemuda pemudi harapan agama. Ikhwah di depan, sebagai qawama. Akhawat di belakang, sebagai penguat. Aku perlukan kalian. Masa dah suntuk!

Jom kawan, kita bersatu hati. Tinggalkan jahiliyah yang membelenggu diri. Tinggalkan kegelapan yang menutup hati. Aku perlukan kalian, kerja dakwah tak berjalan tanpa bantuan remaja-remaja harapan agama. Aku perlukan kalian.

Jom kawan, ikat hati-hati kita dengan doa rabithah. Tarik mana-mana yang dah tergelincir dari landasan fikrah. Berpaut tubuh sama-sama. Janji dengan aku, ukhuwah ini tak akan terlerai sampai bila-bila, boleh? Biar begini, sampai syurga nanti.

Jom kawan. masa kita tak banyak. Urusan tarbiyah tak boleh berhenti. Gerakan dakwah tak boleh mati. Bila ada yang terhanyut, jangan biar. Itu tugas kita, sedarkan mereka yang alpa. Kita kan kawan?

Kawan, jujur aku kata. Aku rindukan satu barisan ukhuwah. Aku rindukan akhawat dan ikhwah yang sanggup berjaga malam demi memartabatkan agama. Aku rindukan masjid dan surau yang diimarahkan para remaja. Aku rindukan saf subuh yang penuh. Aku rindukan gelak tawa mereka yang berjuang fissabilillah. Kita buat bulatan gembira sama-sama nak? Berkongsi tazkirah, berkongsi cinta. Aku rindu semuanya.

Kawan, kita semua manusia luarbiasa. Kita semua bukan manusia biasa. Jalan dakwah dan tarbiyah, bukan jalan untuk orang-orang biasa. Amacam? Nak join aku tak? Kita semua jadi ikhwah akhawat yang sumpah osem dengan buka hati untuk ditarbiyah.

Jomlah, ikut aku. Kita sama-sama majukan bangsa. Buang saja rokok tu. Membazir duit, membuang nyawa. Simpan saja pakaian tak cukup kain tu, pakai di rumah, dalam bilik sorang-sorang tak apa.

Nak tahu satu rahsia tak?

Syabab yang wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk tu nampak sangat macho lagi menenangkan. Tambahkan perisa senyuman, sumpah menawan!

Akhawat yang bertudung labuh menutup dada tu nampak sangat manis pada pandangan. Tambah dengan akhlak yang sopan, sungguh seindah perhiasan. Lawa tu!

Seronok dipuji?

Jom, alangkah seronoknya berukhwah fillah. Aku nak cabar satu benda, boleh?

Bila bertemu di jalan-jalan atau di RnR, nampak sesama ikhwah, cuba beri salam, senyum, berjabat tangan. Walaupun kita saling tak kenal, bukankah hati kita sudah terpaut dengan doa rabithah?

Bila berjalan di taman bunga atau pasar raya, ternampak sesama akhawat, cuba beri salam, senyum dan bersalaman. Nak buat salam semut pun okey! Tak kenal? Tak apa. Hati kita sudah bersatu dengan doa rabithah.

Cuba bayangkan, kalau semua orang buat perkara yang sama, aku yakin dengan izin Allah, barisan qawama dan penguat sudah ampuh. Boleh jadi satu barisan yang membanggakan ummah.

Takbir!

Allahuakbar!

Ada lagi. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Hubungan kita dengan manusia dah mula melangkah setapak ke hadapan. Hubungan kita dengan Allah pula sekarang. Walaupun ini perkara pertama sepatutnya diambil kira.

Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Aku mohon, aku perlukan kalian. Perjuangan ini tak berhasil kalau aku bersendiri. Aku perlukan penembak-penembak tepat. Aku perlu tembakan doa dari kalian. Bantu aku, aku minta, bantu aku realisasikan impian ini. Impian menjadikan kita semua generasi harapan agama!

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!


  1. SAYONARA JAHILIYAH! KAMI BERLARI MENUJU MARDHOTILLAH!

OHAYO TARBIYAH! KAMI DATANG UNTUK BERSIHKAN DIRI DARI KARAT JAHILIYAH! NAK BINA GENERASI HARAPAN UMMAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...