Followers

Monday, 26 September 2016

Nukilan buat para Dai'

Bismillah, aku mulakan coretan aku kali ini dengan menyebut nama ALLAH, tuhan yang esa, yang maha agung dan yang memolak-balikkan hati manusia. Nukilan hari ini, aku coretkan buat sahabat-sahabat yang berada di atas satu jalan dan kesedaran yang sama, jalan Da'wah. 


Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sangat aku kagumi dan sanjungi, 
bukan niat untuk mengkritik, bukan juga untuk memburukkan sesiapa. Aku tulis, atas dasar cinta aku pada kalian kerana ALLAH. Bukankah orang beriman merupakan saudara antara satu sama lain?

Abang-abang dan kakak-kakak yang aku kagumi, di saat kalian sudah jauh berada di atas, aku masih lagi merangkak di bawah. Masih lagi merangkak dalam usaha aku untuk berdakwah. ALLAH berikan kalian satu keistimewaan dalam da'wah kalian, keistimewaan yang mungkin akan membuatkan kalian atau sesiapa sahaja(termasuk aku) jatuh ke bawah jurang api neraka atau berada di syurga. Keistimewaan yang aku maksudkan adalah, "terkenal,dikenali,popular and etc" . Benar, kebaikannya banyak apabila kalian dikenali ramai, da'wah kalian akan jadi lebih mudah. Tidak seperti kami yang masih di bawah. Tiada siapa yang mendengar, tiada saluran yang luas seperti kalian, tiada yang kesah, tiada yang tahu atau tiada sesiapa yang ambil tahu. Tapi, tujuan da'wah kita bukanlah untuk dikenali. Betul? Tujuan kita hanyalah untuk redha ALLAH, untuk meneruskan perjuangan kekasih kita, Rasulullah, Khatimul anbiya' , Muhammad Ibn Abdullah S.A.W. . Kita bukan mencari populariti, biarpun kita tidak dikenali, da'wah masih diteruskan. 

Para dai' yang aku kasihi kerana ALLAH,
Bukankan mukmin itu seperti sebuah banggunan yang menguatkan antara satu sama lain? Sebagai seorang yang sangat hormat kepada kalian, terbit sebuah kekecewaan, bila aku terbaca, ternampak, terlihat "Perang siber" antara kalian. Dai' memerli dai' melalui karya lukisan, tulisan, luahan dan sebagainya. Sepatutnya, kita tidak menambahkan kebencian sesama kita. Siapa lagi yang akan mempertahankan para dai' kalau bukan kita? Sepertimana sahabat mempertahankan sahabat yang lain. Tidak ingatkah kalian kisah Saydina Abu Bakr yang sanggup dipukul sehingga pengsan hanya keraana ingin menyelamatkan Baginda? Tidak ingatkah kalian betapa Saydina Abu Bakr sanggup menghabiskan hartanya semata-mata ingin membebaskan sahabat-sahabat dari kalangan hamba?  Sebgai seseorang yang menggelar diri sebagai Dai', aku tidak nampak, kenapa kita tidak boleh mecontohi mereka. Bukankah mereka qudwah kita?

Kalian yang sangat aku hormati,
Ada diantara kalian yang menjadi bahan ejekan para nitizen. Benar, bukan mudah untuk lalui kehidupan apabila dibenci dan dimaki. Aku tahu. Tapi ingatlah, kita hidup bukan kerana manusia, kita hidup kerana ALLAH. Pasakkan dalam hati, kuatkan iman, jangan cepat kalian melatah. Lebih banyak kalian melatah, lebih kerap kalian dicaci. Kalian ada ALLAH. Tapi, ingatlah, kita bukan nabi yang ma'sum. Kita hamba berdosa. Jangan merasakan diri kita sempurna sehinnga merasakan kita tiada dosa. Jangan melabel mereka yang mencaci sebagai seorang pendosa. Bersangka baiklah, anggaplah mereka teguran dari ALLAH. Muhasabah lah diri. Sekiranya benar kita yang bersalah, minta maaflah. aku pernah terbaca tulisan dai' wan: 
" Kecaman manusia, fitnah manusia, cakap belakang manusia, dengki dan cemburu manusia, semua ujian dari ALLAH untuk kita, ________ . "
Tulisan ini yang memberi akuberibu semangat untuk meneruskan usaha.


Benar, berda'wah bukan mudah. Tapi ingatlah, syurga ALLAH menunggu buat mereka yang sentiasa mengejar redha ALLAH. Kita ummat nabi Muhammad, ummat yang diberi tanggungjawab da'wah. Teruskanlah perjuangan, pasakkan keimanan, kuatkan keyakinan, tebalkan kesabaran, moga ALLAH bersama kita dan membantu kita di atas jalanNYA inshaALLAH. Akhir kata, aku benar berharap yang kita akan menjadi ummat yang satu, ummat yang saling membantu, mempertahankan sesama kita. Moga ALLAH redha, moga nabi cinta. 
Assalamualaikum Warahmatullah.  



Thursday, 25 August 2016

DIA

Ditakdirkan lagi untuk aku menulis, selepas lama menyepi. Kebelakangan ni terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Almaklumlah, baru melangkah ke alam baru. Alam UiTM. Hehe. Harini tak pergi kelas sebab tak bereapa sihat, tu yang ada masa nak menulis. Dari haritu lagi nak menulis ni, tapi macam-macam benda jadi. Jadi aku tangguhkan dulu niat aku.  
Dah ada masa lebih ni, tak nak bazirkan masa dengan main DOTA(Che Ariff yang ajar main ni). haha. OK, stop merapu Ehsan. 

Straight to the point.

Entry kali ni, aku nak cerita tentang "Dia". Sape "Dia" tu? Ha! Nanti ehsan tulis dekat bawah. Tapi yang tetiba ehsan nak cerita pasal "Dia" ni, semua related dengan apa yang berlaku dekat UiTM ni. 

Serious, macam2 ujian yang ALLAH bagi dekat sini. Alhamdulillah, ALLAH masih beri kekuatan untuk teruskan belajar. Bila ingat yang kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia, baru rasa ada kekuatan sikit. Mato kan selalu kata "Legend mana boleh putus asa." TQ Mato. 


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Dia adalah arwah sahabat baik aku yang kami dipisahkan dengan kematian. Dialah tempat aku bercerita, berkongsi rahsia, sedih, tawa dan gembira. Sahabat yang dipinjamkan ALLAH pada aku sebentar untuk mengajar betapa pentingnya mempunyai seorang sahabat.
sebulan sebelum aku kehilangan Dia. Dia ada hantar beberapa meej yang buat aku gelak(masa tu), tapi menangis bila teringat balik mesej yang dia hantar.

Dia: Ehsan, kau nak tahu tak, dalam dunia ni, selepas ALLAH, Rasul, n parent aku, aku paling saaayang kau.

Aku: Err.. Kenapa ni tetiba? haha.

Dia: Seriouslaahh. Kau tak sayang aku ke?

Aku: Ya ALLAH, _ _ _ _ , kenapa ni? Jangan lah tanya soalan yang kau dah tahu jawapan. OK? 

Dia: ermm, Ehsan, kalau aku mati nanti kan, kau boleh ke teruskan hidup kau macam biasa?

Aku:Kau selalu cakap kan, kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia. InshaALLAH, boleh (kot) ! Ni dah kenapa cakap pasal mati? 

Dia: Saje je lah, dah kau tak layan aku. Ehsan, sebenarnya aku ada nak hantar email dekat kau, ermm, aku ada tulis something dekat kau, tapi tak sempat lagi nak hantar. nanti kau baca tau. 

Aku: (Bodoh tak perasan lagi yang dia dah lain masa tu) haa. okayh2. Nanti aku baca ek. Eh, nak buka puasa dah. nanti sambung..


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Seminggu sebelum Dia pergi, aku ada terima email dari dia. tapi tak bukak, sebab masa tu tengah 1 syawal(Benda ni buatkan aku menyesal sampai hari ni)
Email yang Dia bagi, tertulis macam ni.

***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***
Assalamualaikum Wan Nur Muhammad Ehsan, sahabat aku yang paling aku sayang, masa aku tulis email ni, aku tengah terbaring atas katil disebabkan sebuah penyakit, aku mungkin tak akan lama dengan kau. Aku harap sangat-sangat yang kau akan sentiasa kuat walaupun lepas aku tak ada nanti. 
Ehsan, kita hidup untuk tuhan, bukan untuk manusia,jadi, kalau lepasni kau ada masalah dengan sesiapa pun, kembalilah pada ALLAH. Hidup ni kalau tak diberi ujian, bosan! Pahala pun takdak. Bila ALLAH bagi ujian,ALLAH nak uji kita, sejauh mana iman dan taqwa kita. Manusia kan dinilai dari imannya? kan? Nak berjaya ,mana ada jalan yang mudah, tempah kejayaan, mesti dengan duri di sekeliling. Nak berjaya mesti sakit dulu. Macam Rasulullah!
ALLAH hadirkan sesiapu pun dalam hidup kita, pasti berhikmah. Yang penting, bergantunglah sepenuhnya pada ALLAH, maka kau tak akan mudah rasa sedih dan putus asa.

Ehsan, aku ada tulis sajak untuk kau. Aku tak pandai macam kau, tapi bila aku tak ada nanti, kau sedih, bacalah ni, mungkin boleh buatkan kau ingat aku balik? 


Sahabatku,
Andai perkenalan kita ini diredhai ALLAH,
Engkau genggamlah Ukhuwah kita,
Dengan keikhlasan yang kudus,
Dengan rasa cinta kepada ilahi.

Sahabatku,
Hati ini sedih,
Masih tidak mampu menahan rasa hati,
Mungkin kerana hati ini keras,
Munkin kerana hati ini gelap,
Mungkin kerana hati ini terhijab,
Dan amat sedih jika hati ini mati,
Maafkanlah kelemahan diri ini.

Sahabatku,
Tatkala air mata membasahi pipi,
Kau hadir di sisi meminjam bahu,
Untukku lepas segala tangisan yang terpendam di hati, 
Lalu kau tatap wajahku,
Dan kau hadiahkan ukiran senyuman terindah buatku.

Sahabatku,
Meskipun pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu ,
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi bebanan ,
tabahkan hatimu ,
harungi lautan ini ,
demi matlamat yang kau gapaikan.

Sahabatku,
Dunia kita tak lagi sama,
Tuhan berkehandak lain,
Kita dipisahkan dengan kematian,
Namun disatukan atas cinta pada Tuhan.

Sahabatku, 
Tak usah kau sedih,
Kerana aku akan sentiasa bersamamu,
Walau alam kita berbaeza.

Dengan setitis air mata, 
Aku mahu mengkhabarkan sesuatu,
Aku menyayangimu kerana ALLAH,
Berjanjilah sahabatku,
Ukhuwah kita selamanya.




***    ***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

Aku baca email ni, dua hari selepas dia tinggalkan aku buat selama-lamanya. 24 Julai 2015, bersamaan 11 Syawal 1436 Hijrah, Damailah kau disana sahabat. Moga ALLAH sentiasa merahmatimu dan menyiramimu dengan Rahmahnya. Aku menyayangimu sahabat. Selamanya.

Image result for sahabat
Ukhwah Kita Selamanya

Tuesday, 5 April 2016

Bla bla bla

Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama tak update blog sebab sibuk yang amat. Huhu. Hari ni, tiba2 tergerak hati nak jenguk blog. Dah berhabuk dah kata orang. 

  Seriously, aku tak tahu nak tulis apa dekat entry kali ni, tapi still nak menulis menaip jugak. Tapi tak tahu nak taip apa. Aaah! Lantaklah!
Well, dalam masa aku berdiam diri ni, banyak gilaa benda berlaku. Sampai semua benda tak sempat! Orang kata, aku nak lari dari Usrah dan Tarbiyah, sebab dah bosan, sibuk ngan dunia and bla bla bla..(ikut deme la nak kata apa) Ye la, tengok la cara aku update status dekat FB, tweet dekat twitter, banyak merepek je kan? Bagi aku lah, setakat update status dekat FB lepastu dapat a bundle of likes rasanya dah cukup berdakwah ke? No, No! Bukan cenggitu brothers and sisters. MashaaAllah. 
muhasabah diri.
adik di sebelah dah dakwah?
masjid waktu subuh kaki dah cecah?
habuk atas quran dan kitab dan dinyah?
kalau belum, lebih molek kasi settle hak masjid, quran, family di sekeliling dahulu.


Tolong faham ye kawan, kalau setakat update status dakwah kat FB, lepastu korang gelarkan diri korang daie, tapi tanggungjawab tak settle, better korang deactivate dulu FB korang tu. 

Take note ni kawan! Tugas seorang pendakwah bukan hanya setakat menyampaikan, tetapi tugas sebagai seorang pendakwah adalah membimbing mereka. Kita perlu membimbing mereka sampai mati.
tu baru pure daie.

Ok, aku dah tak ada idea nak taip ape. 
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you


Adoi, merepek sudah. hahahaha.

Owkayh lah, takat ni je.
Kesimpulannya, korang pandai2 buat sendiri. 

Doakan aku diberi kekuatan untuk terus berada di jalanNYA. Aaamiin..


Aku suka dengan ayat ni!

Thursday, 24 March 2016

Solat Dhuha

Solat Dhuha
.
Mula-mula buat untuk dapatkan rezeki
Lama-lama buat untuk dapatkan ALLAH
.
Bila dapat ALLAH,  bermakna dapat pemberi rezeki.
- -  -  -  -  -  -
Ehsan teringat satu kisah yang pernah diceritakan mama waktu kecik2 dulu.
.
Kisah tentang seorang raja,  hamba kesayangan baginda dan menteri-menterinya. 
.
Raja tersebut mempunyai seorang hamba favourite sehingga membuatkan menteri2 nya hasad.
.

Untuk mengelakkan hasad dengki,  raja tersebut membuat pertandingan untuk memberitahu secara tidak langsung,  mengapa dia sangat sayang pada hambanha yang seorang ni.
.
.
Raja tersebut membuat pertandingan masuk ke bilik hartanya dan memberi arahan,  "semua benda yang kamu pegang dalam masa 3 minit akan jadi milik kamu"
.
Apa lagi,  terbuntang luas mata menteri2.
.
Lalu,  apabila masa bermula,  lintang pukang menteri2 berlari memegang harta2. Namun hamba tadi,  tidak berganjak.
.
Dia menuju ke arah raja dan bertanya,  " benarkah semua yang aku pegang akan jadi milikku?" 

Raja mengiyakan,  lalu dengan pantas,  hamba tersebut memeluk raja seerat-eratnya.
.

"Bukankah kalau patik memegang tuanku,  bermakna tuanku dan seluruh harta tuanku menjadi milik patik? " kata hamba tersebut.
.
.
Menteri2 raja terlopong dengan kebijaksanaan hamba tersebut.
.

Raja tersenyum puas kerana tujuan baginda telah tercapai.
.
.
Kita selalu berfikir jauh,  macam mana nak dapatkan sesuatu.  Macam2 yang kita buat,  namun masih belum dapat apa yang kita nak. Jalan shortcut ada,  tapi kita yang tak nampak.  Ambillah hati pemilik segala-galanya.  Itulah shortcut nya. Dapat ALLAH,  Dapat segala galanya. 
Wallahua'lam.
-Wan Muhammad Ehsan / Rijal Qawiy-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...